PENGENALAN

LATARBELAKANG

Dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang terkini kepada rakyat Malaysia, Telekom Malaysia Berhad (TM) tidak pernah lupa tanggungjawab dan peranannya yang perlu dilaksanakan terhadap masyarakat. Disamping kesibukan menjalankan urusan korporatnya, TM sentiasa berusaha memenuhi keperluan sosial kepada negara dan rakyat Malaysia. Berpegang pada prinsip itulah maka tertubuhnya Muzium Telekom, khusus untuk tatapan setiap lapisan masyarakat Malaysia.

Bangunan yang pada asalnya didirikan untuk menempatkan ibusawat telefon manual jenis central battery, telah diubahsuai untuk dijadikan sebuah muzium telekomunikasi interaktif yang pertama di Malaysia. Bersesuaian dengan nilai sejarah yang ada pada bangunan ini, pemilihannya amat bertepatan sebagai sebuah muzium telekomunikasi yang unggul di negara ini.