PENGENALAN
REKA BENTUK
Bangunan Muzium Telekom ini direka berbentuk ‘G’ dan mempunyai koridor bersempadan dalam yang mempunyai sebuah gelanggang khidmat atau ruang legar. Seperti bangunan-bangunan kolonial zaman itu, bangunan setinggi dua tingkat ini dibina secara pertukangan batu mengikut berat dan stuktur. Bagi menyesuaikan pemasangan kabel-kabel untuk dewan telefonis telefon di tingkat dua, lantai kayu yang ditinggikan dengan sokongan palang-palang keluli telah dibina. Tingkap-tingkap kaca dipasang secara simetri dan berhias untuk mempamerkan gaya binaan neo-klasik, diadaptasi dari corak kurun ke 19. Salah satu ciri binaan paling klasik dan unik bangunan ini ialah deretan lapan tiang ionia yang diapit oleh dua menara berhadapan dengan Jalan Gereja.