KEMUDAHAN
PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Muzium Telekom terletak di aras dua, menyediakan ruang untuk orang ramai khususnya para pelajar di semua peringkat pendidikan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang sejarah dan perkembangan telekomunikasi di Malaysia. Diantara bahan-bahan yang terdapat di sini ialah buku-buku laporan tahunan TM dari tahun 1946 hingga yang terkini, majalah-majalah terbitan TM seperti Mercury, Kawat , Telekom Media dan Telekom Journal, album-album gambar berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh TM serta majalah-majalah tentang telekomunikasi. Disamping bahan-bahan bacaan, turut dipamerkan di sini set-set telefon era 1930an hingga era 1980an dan kabel-kabel telefon yang pernah digunakan oleh TM.