PENGENALAN

SENI BINA

Muzium Telekom bermula pada tahun 1928, apabila sebuah bangunan bercirikan senibina Greek didirikan untuk menempatkan ibusawat telefon manual jenis central battery. Dibina dengan sebuah ruang kabel bawah tanah dan susun atur lantai bagi pemasangan peralatan telekomunikasi, bangunan ini adalah contoh ibusawat telefon di Malaya pada ketika itu.